Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Tanda-tanda taubat diterima Allah

taubat_tasbih

Seorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak? Maka jawabnya, ini adalah urusan Allah,kita tidak berupaya menentukannya,…tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu:

1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih daripada mendekati mereka-mereka yang fasik.

3. Bila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.

4. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.

5. Sungguhpun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.

6. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.

Sama-samalah kita memperbanyak lafaz istighfar memohon keampunan kepada Allah yang Maha Pengampun. Semoga dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, kita semua akan tergolong di dalam golongan mereka yang mendapat maghfirah Allah ta’ala.Insya Allah

Apa yang perlu dilakukan

Perkara yang perlu dilakukan apabila bermimpi sesuatu yang menakutkan

1. Ludah ke sebelah kiri (3 kali).
2. Minta perlindungan dengan Allah daripada syaitan dan daripada perkara buruk yang telah dilihatnya (3 kali).
3. Jangan menceritakan mimpinya kepada seseorang pun.
4. Menukarkan posisi tidurnya.
5. Bangun untuk melakukan solat jika ingin melakukannya.

kata-kata hikmah

Hadis & falsafah

Tutup keburukan orang lain , maka Allah akan menutup keburukan kita . Tidak percaya?. tetapi itulah janji Allah seperti sabda Rasulullah yang bermaksud,
"
Sesiapa yang menutup kecelaan seorang Islam, nescaya Allah akan menutup keburukanatau celanya di duniaan di akhirat" (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)
Sayangnya tidak ramai yang mengambil peluang ini. Yang lebih ramai, kita seronok menceritakan keburukan orang lain, mengambil kesempatan membocorkan rahsia dan keaiban orang lain untuk keseronokan kita. Kita terlupa janji Allah bahawa,
" Tidaklah seorang mukmin itu apabila melihat saudaranya tercela lalu menutupinya, melainkan dia akan masuk syurga". ( Hadis Riwayat at-Tabrani)
Sikap buruk ini malah dipertegaskan dalam hadis Rasulullah yang bermaksud,
"
Wahai kumpulan orang yang menyatakan beriman dengan lidahnya, sedangkan iman itu masih belum meresap ke dalam hatinya. janganlah kamu mencaci orang ramai dan jangan pula mengintip keburukan mereka. Sebabnya sesiapa yang mengintip keburukan saudara Islamnya, nescaya allah akan mengintip keburukannya. Dan sesiapa yang keburukannya diintip Allah, nescaya rahsianya akan didedahkan Allah, sekalipun dia berada di tengah-tengah rumahnya"
(Riwayat Abu Daud daripada Abi Barzah )

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Junainah Zainal |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.