Tutup keburukan orang lain , maka Allah akan menutup keburukan kita . Tidak percaya?. tetapi itulah janji Allah seperti sabda Rasulullah yang bermaksud,
" Sesiapa yang menutup kecelaan seorang Islam, nescaya Allah akan menutup keburukanatau celanya di duniaan di akhirat" (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)
Sayangnya tidak ramai yang mengambil peluang ini. Yang lebih ramai, kita seronok menceritakan keburukan orang lain, mengambil kesempatan membocorkan rahsia dan keaiban orang lain untuk keseronokan kita. Kita terlupa janji Allah bahawa,
" Tidaklah seorang mukmin itu apabila melihat saudaranya tercela lalu menutupinya, melainkan dia akan masuk syurga". ( Hadis Riwayat at-Tabrani)
Sikap buruk ini malah dipertegaskan dalam hadis Rasulullah yang bermaksud,
" Wahai kumpulan orang yang menyatakan beriman dengan lidahnya, sedangkan iman itu masih belum meresap ke dalam hatinya. janganlah kamu mencaci orang ramai dan jangan pula mengintip keburukan mereka. Sebabnya sesiapa yang mengintip keburukan saudara Islamnya, nescaya allah akan mengintip keburukannya. Dan sesiapa yang keburukannya diintip Allah, nescaya rahsianya akan didedahkan Allah, sekalipun dia berada di tengah-tengah rumahnya"
(Riwayat Abu Daud daripada Abi Barzah )
Tintaku...
-
*SALAM PERKENALAN SEMUA RAKAN BLOG YANG BAHARU...*
*Assalamualaikum w.b.t..,*
*Alhamdulillah... Blog saya masih boleh dikemaskini. Bagi memenuhi
tuntuta...
9 years ago
No comments:
Post a Comment