Nasyid - Doa Perpisahan (Brothers)

SAMBUTAN HARI GURU SEKOLAH AGAMA SUNGAI ABONG








SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Tarikh : 17. Disember 2009
Masa : 8.00-9.00 pagi
Perkara : Bahasa Melayu
Tema : Pencemaran Alam
Tajuk : Berita
Bilangan Murid : 35 orang
Fokus Utama :
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
Aras 3 (i) Membaca lancar teks pelbagai laras bahasa dengan
sebutan dan intonasi yang betulserta gaya yang sesuai.
Fokus Sampingan :
11.2 Mengulas karya bukan sasteradari aspek penggunaan perkataan, idea,
ayat, wacana, nilai dan pengajaran.
Aras 1 (i) Mengecam maklumat yang terdapat dalam teks.
Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:
i. Membaca teks berita dengan intonasi dan sebutan yang betul
ii. Menyatakan 5 kesan pembuangan sisa bahan kimia.
iii. Menulis di dalam buku tulis


Sistem Bahasa
Tatabahasa:
i. kata bilangan
ii. kata majmuk
Sebutan dan intonasi:
i. berita
kosa kata:
i. pencemaran
ii. menjejaskan
iii. membanteras
Pengisian Kurikulum
Ilmu :
i. Pendidikan Alam Sekitar
Nilai murni:
i. Bekerjasama
ii. Mencintai Alam Sekitar
iii. Tolong-menolong
Pengetahuan Sedia Ada:
i. Murid-murid pernah melihat sungai yang bersih
ii. Murid-murid pernah makan ikan yang enak rasanya
iii. Murid-murid pernah melihat sungai yang dicemari oleh benda-benda yang kotor.

Kemahiran Bernilai Tambah;
i) Kemahiran berfikir
ii) Kemahiran membaca
iii) Menjana idea
Bahan bantu mengajar
i. LCD
ii. Petikan teks berita
iii. Lembaran kerja
iv. CD pencemaran ikan
v. Projector slaid




Set Induksi
(5 minit) - Guru menayangkan klip vedio
“ ikan kekek “.
- Murid-murid melihat klip vedio tersebut dan menyanyi bersama
- Guru mengaitkan vedio tersebut dengan pelajaran pada hari ini iaitu berkaitan dengan pencemaran sungai. BBM:
- LCD
- CD

KBT:
- Menjana idea

Langkah 1
(20 minit) - Murid-murid diedarkan petikan berita bertajuk ‘ Kesan Pembuangan Bahan Kimia’.
- Murid-murid diminta membaca petikan tersebut secara senyap.
- Beberapa orang murid diminta ke hadapan dan membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
- Guru membimbing murid-murid membaca dengan betul. BBM;
- Petikan berita
Bertajuk ‘Kesan Pembuangan Bahan Kimia’.
KBT:
- Kemahiran membaca
Nilai:
- Mencintai Alam Sekitar


Langkah 2
(20 minit) - Murid-murid dibahagikan kepada 6 kumpulan.
- Guru berbincang secara lisan apakah punca pencemaran sungai yang terdapat di dalam petikan iaitu pembuangan sisa bahan kimia beracun dari sebuah kilang di sungai itu.
- Murid-murid diedarkan peta minda yang bertajuk ‘ Kesan Pembuangan Bahan Kimia’.



- Murid-murid diminta berbincang di dalam kumpulan untuk mencari kesan-kesan pembuangan sisa bahan kimia.
a) Berates-ratus ekor ikan mati
b) Nelayan-nelayan kehilangan mata pencarian.
c) Menjejaskan rezeki sampingan penduduk.
d) Air sungai bertukar warna dan berbau busuk
e) Kesihatan penduduk terjejas.
- Murid-murid diminta menulis di dalam peta minda tersebut.
- Guru membimbing murid-murid. BBM:
- Peta minda
KBT;
- Kemahiran berfikir
- Menjana idea

Nilai
- Kerjasama
- Mencintai Alam Sekitar.


Langkah 3
(10 minit) - Guru menulis beberapa perkataan yang susah.
- Murid-murid diminta mencari makna perkataan tersebut di dalam kamus yang disediakan oleh guru secara berkumpulan.
a) Membanteras
b) Pencemaran
c) menjejaskan



Penutup
(5 minit) - guru menayangkan kembali klip vedio lagu ‘ikan kekek’
- murid-murid menyanyi bersama-sama.
- Guru merumuskan pelajaran dengan menyatakan nilai-nilai kemanusiaan yang terdapat di dalam klip vedio tersebut iaitu
i) Janganlah kita mencemarkan keindahan sungai kita.
ii) Peliharalah ikan-ikan supaya ia tidak pupus
- Guru juga menyatakan tindakan yang boleh diambil jika kita mendapati sungai tercemar:
i) Laporkan kepada Ketua Kampung
ii) Laporkan kepada Jabatan Alam Sekitar.
BBM
- Klip vedio lagu ‘ikan kekek’


KBT:
- Kemahiran berfikir


Nilai
- Cintailah sungai kita



TEKS pENDIDIKAN ALAM SEKITAR


KESAN PEMBUANGAN BAHAN KIMIA

SIMUJAN, 4 Julai – beratus-ratus ekor ikan mati di Sungai Ladong sejak dua hari yang lalu yang dipercayai akibat pembuangn sisa bahan kimia beracun dari sebuah kilang di sungai itu .
Ekoran daripada kejadian itu ,nelayan –nelayan di sekitar kawasan berkenaan kehilangan mata pencarian .Selama ini ,sungai tersebut merupakan tempat mereka menangkap ikan .Menurut seorang penduduk di situ ,dia selalu menangkap ikan di sungai itu untuk mencari pendapatan sampingan selain berkebun .Sekiranya kegiatan ini berlarutan tanpa sebarang tindakan ,sudah tentu akan menjejaskan rezeki penduduk di situ
Menurut ketua kampung Sungai Ladong , Encik Arshad Ahmad ,perbuatan membuang sisa bahan kimia beracun ini dipercayai dilakukan oleh pekerja –pekerja kilang . Mereka melakukan kegiatan itu pada waktu malam supaya tidak dikesan oleh pihak berkuasa.
Kegiatan pembuangan sisa bahan kimia beracun itu mula disedari oleh penduduk kampung sejak dua hari yang lalu apabila ikan mati dan terapung –apung di permukaan sungai .Selain itu , air Sungai Ladong turut bertukar warna dan berbau busuk. Keadaan ini menyebabkan penduduk yang tinggal di sekitar sungai tersebut berasa kurang selesa. Di samping itu, kesihatan penduduk akan terjejas sekiranya mereka makan ikan yang ditangkap dari sungai tersebut.
Sehubungan dengan itu, Ketua Kampung meminta pihak Jabatan Alam Sekitar menyiasat dan mengenakan tindakan terhadap pengusaha kilang berkenaan. Tindakan ini perlu untuk mengelakkan lebih banyak ikan mati sekaligus dapat membanteras kegiatan mencemarkan sungai.

KELEBIHAN PENGAGA

Nama Tempatan : Pegaga

Nama Saintifik : Centella Asiatica/Hydrocotyle Asiatica
Nama Lain : Tapak Kuda(Indonesia),Indian Pennywort, Gotu Kola
Famili : Apiaceae/Umbelliferae
Pengelasan saintifik

Alam : Tumbuhan
Divisi : Magnoliophyta
Order : Apiales
Famili : Apiaceae
Genus : Centella
Spesies : C. asiatica


Keterangan:
Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica/hydocotyle asiatica ialah sejenis ulaman popular orang melayu. Sejenis tumbuhan menjalar yang tumbuh pada tanah yang agak lembab seperti kebun, ladang, tepi jalan dan batas sawah. Ia pada asalnya dimakan sebagai ulam untuk menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi dan manis. Ia mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak lembab dan bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan anak. Tumbuhan yang kecil ini besar khasiatnya. Ia kaya dengan vitamin A dan C serta zat besi, sering dijadikan sayur-sayuran ‘rasmi’ untuk wanita ketika berpantang.
Biasanya seluruh bahagian pegaga iaitu daun, tangkai daun, batang, bunga, buah, dan akarnya mempunyai banyak kegunaan dan khasiat yang tinggi. Di Indonesia, bunga dan buah pegaga tidak dimakan kerana ia dikatakan menjadi punca penyakit reumatisme sekiranya terlalu banyak dimakan. Namun ada juga orang yang yakin bahawa mereka akan beroleh umur yang panjang dan awet muda apabila mengamalkan pengambilan pegaga dalam makanan harian mereka. Tetapi berdasarkan kajian menunjukkan ia boleh dimakan selalu tetapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja bagi mendapatkan kesan positif. Ini kerana pengambilan yang berlebihan akan mengakibatkan kesan narkotik dan keracunan kumulatif yang meransang tumor untuk jangkamasa panjang.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengiktiraf pegaga sebagai herba menjana kecerdasan berfikir terutamanya di kalangan kanak-kanak. Pegaga yang dikenali juga sebagai Centella asiatica telah diperakui WHO kerana kaya dengan pelbagai ramuan ubatan.
Fakta sejarah
Mengikut ceritanya, pokok pegaga ini dimakan pada awalnya oleh penduduk India setelah melihat gajah yang terkenal dengan umurnya yang panjang didapati selalu mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk memanjangkan umur. Kini ia diambil sebagai ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang menambahkan selera. selain dimakan mentah sebagai ulam, pegaga juga boleh dimasak lemak dan dijadikan kerabu.
Kajian yang dilakukan pada 1949, mendapati pegaga mujarab untuk mengubati penyakit kusta dan ulser kerana ciri-ciri antibakteria yang ada padanya. Penyelidikan seterusnya yang dijalankan sekitar tahun 1950-an pula mendapati pegaga amat baik untuk menyembuhkan luka, kudis serta mengubati kerengsaan kulit. Sebagai 'makanan menjana kecerdasan otak', herba ini amat mujarab untuk memperbaiki fungsi minda seperti meningkatkan daya ingatan dan penumpuan fikiran.
Herba ini mula digunakan dalam perubatan Ayurveda. Ia juga pernah digunakan dalam perubatan herba Shennong di cina lebih kurang 2000 tahun yang lalu


Jenis-jenis Pegaga Di Malaysia
1. Pegaga Cina Atau Pegaga Nyonya
2. Pegaga Daun Lebar
3. Pegaga Kelantan
4. Pegaga Renek
5. Pegaga Salad
6. Pegaga Gajah
7. Pegaga Brunei

Kandungan
Pegaga yang simplisianya dikenal dengan sebutan Centella Herba memiliki kandungan asiaticoside, thankuniside, isothankuniside, madecassoside, brahmoside, brahmic acid, brahminoside, madasiatic acid, meso-inositol, centelloside, carotenoids, hydrocotylin, vellarine, tanin serta garam mineral seperti kalium, natrium, magnesium, kalsium dan besi. Diduga glikosida triterpenoida yang disebut asiaticoside merupakan antilepra dan penyembuh luka yang sangat luar biasa. Zat vellarine yang ada memberikan rasa pahit.
Pegaga juga mengandungi banyak sebatian kimia dan bioaktiviti yang terbukti mengandungi ciri-ciri antibakteria, antipasma, antiinflamasi, hipotensif dan insektisid. Dalam bidang perubatan tradisi, ia digunakan sebagai agen antialergi, antikanser, antidisenteri, peransang pembuangan urin, hipotensif, stimulan, tonik, menyejukkan badan, mengeluarkan batu karang, penawar kencing berdarah, kusta, gonorea,luka, kudis, dan sakit kerongkong. Pegaga juga anti-infeksi, antiracun, penurun panas, melawaskan pembuangan air kencing, antilepra dan anti sifilis.
Kegunaan:
Pegaga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid. Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan di barat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan. Di India bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit.
Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.
Daun pegaga berfungsi sebagai astrigensia dan tonikum. Pegaga juga digunakan untuk revitalisasi tubuh dan otak yang lemah serta untuk kesuburan wanita.

Kesimpulannya pegaga sesuai untuk penyakit berikut :
1. Pembengkakan Hati
2. Demam, Campak
3. Sakit Tekak, Batuk Kering,
4. Asma, Brokitis, Pleuritis
5. Radang Mata Merah
6. Keputihan
7. Tekanan Darah Tinggi
8. Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
9. Tidak Selera Makan, Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
10. Keracunan Makanan
11. Batuk Darah, Muntah Darah
12. Busung, bisul
13. Infeksi Saluran Kencing (kencing kotor)



Sifat dan Manfaat
Pegaga atau nama saintifiknya Cantella asiatica boleh membangkitkan selera makan, membantu meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir kerana mengandungi serat. Ia juga mampu melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid. Pegaga juga dijadikan ubat untuk merawat masalah keputihan yang menyebabkan faraj terasa gatal.
Air perahan daun pegaga juga dikatakan boleh menyejukkan badan dan elok diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah atau lelah. Amalan minum air rebusan akar pegaga ini dipercayai boleh membantu mengawal paras gula dalam darah di kalangan pesakit kencing manis. Malah, ada yang menjadikannya sebagai minuman untuk menguruskan badan
Selain itu, pegaga juga telah lama digunakan sebagai tonik untuk membersihkan darah, merawat ulser, sifilis, dan kelenjar limfa. Amalan meminum jus pegaga amat mujarab untuk membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kerengsaan kulit dan tekanan darah tinggi. Walaupun pegaga amat baik dimakan mentah tetapi daun yang diramas dengan sedikit air amat baik jika disapukan pada kudis dan luka. Di samping itu, pegaga juga memberi kesan kepada beberapa peringkat pembentukan tisu seperti menghilangkan parut, membina kolagen, merangsang pembentukan rambut dan kuku. Pegaga juga dipercayai boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, ulser dan masalah kulit lain. Oleh itu tidak hairan jika ia dijadikan makanan wajib bagi wanita berpantang supaya luka bersalin lebih cepat sembuh.
Mengamalkan meminum jus pegaga dapat meningkatkan daya ingatan seseorang, disamping dipercayai boleh meningkatkan kebaikan prestasi kanak-kanak yang mengalami kecacatan akal.
Dewasa ini produk yang berasaskan pegaga telah di gunakan dengan meluas dalam industri kecantikan sebagai anti selulit, anti kedutan (anti wrinkle), untuk mata dan muka, menambah ketegangan kulit dan meningkatkan pembentukan kulit yang baru

PESANAN BUAT SUAMI

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja
dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa
yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu
otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak
serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah d
dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih
dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin
bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga..
ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami
duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri
bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas,
membasuh , kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak
cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal
semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan
ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh
sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas
rumahcantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak
sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih
berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau
semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang,
bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka
menyimpan secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan
isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami
" degil "tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju
kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat
gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat
asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja
rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila
ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia.
Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan
tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau
isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak
kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan
asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga
awak Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda
mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami
megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok
pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang
keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut
agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun
masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka.
kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau
isterimasuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi
saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan
buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan
isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta
maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif.
Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara
yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para
suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan
perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

RAHSIA TULISAN

Pertama: Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat.
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan :

Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup.

Majlis Konvoksyen darjah KhasSekolah Agama Sungai Abong Muar





Sekolah Agama Sungai Abong telah menganjurkan majlis Konvokesyen Murid-murid Darjah Khas tahun 2009 kali pertama pada tahun ini. majlis ini mendapat sambutan yang mengalakkan daripada ibu bapa dan pelajar-pelajar. Tahniah kepada para pelajar dan guru-guru Sekolah Agama Sungai Abong semoga majlis ini dapat dijalankan pada setiap tahun Insyaallah..........

jasamu di kenang

Tanda-tanda taubat diterima Allah

taubat_tasbih

Seorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak? Maka jawabnya, ini adalah urusan Allah,kita tidak berupaya menentukannya,…tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu:

1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih daripada mendekati mereka-mereka yang fasik.

3. Bila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.

4. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.

5. Sungguhpun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.

6. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.

Sama-samalah kita memperbanyak lafaz istighfar memohon keampunan kepada Allah yang Maha Pengampun. Semoga dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, kita semua akan tergolong di dalam golongan mereka yang mendapat maghfirah Allah ta’ala.Insya Allah

Apa yang perlu dilakukan

Perkara yang perlu dilakukan apabila bermimpi sesuatu yang menakutkan

1. Ludah ke sebelah kiri (3 kali).
2. Minta perlindungan dengan Allah daripada syaitan dan daripada perkara buruk yang telah dilihatnya (3 kali).
3. Jangan menceritakan mimpinya kepada seseorang pun.
4. Menukarkan posisi tidurnya.
5. Bangun untuk melakukan solat jika ingin melakukannya.
Ada dua jenis nikmat yang sentiasa
menyebabkan ramai manusia menjadi leka dan alpa
iaitu nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang yang terluang

kata-kata hikmah

Dengarkan segalanya

JOR SYAITAN

Kisah ini diharapkan akan memberi kesedaran kepada kita betapa syaitan adalah musuh utama manusia. Bermula cerita di satu perhimpunan yang diadakan oleh iblis untuk menguji setakat mana syaitan-syaitan melaksanakan tugas mereka dengan jayanya dan memberi hasil yang memuaskan hati iblis si laknatullah neeee.....
Perhimpunan telahpun diumumkan oelh si Iblis maka berkumpullah semua syaitan-syaitan
yang maha banyaknya. Bak kata orang lama-lama,nak bilang syaitan tak terbilang banyaknya ibarat membaling jarum ke langit tak jatuh jejak ke bumi( kerana banyaknya golongan mereka hinggan berhimpit-himpit).
Maka bersemayam iblis diatas tahta yang mewah lagi hebat.lalu berkata iblis kepada pengikut-pengikutnya "sila laporkan apa yang kamu buat pada hari ini." Maka satu persatu syaitan memberi laporan. Dalam keadaan itu, terdapat seekor syaitan yang kurus sedang mengigil ketakutan di hujung barisan kerana menyangka dirinya tidak melakukan apa-apa tugasan pada hari ini.
Syaitan pertama melaporkan berjaya mengoda seorang pemuda merogol seorang wanita. Jawab iblis "Bagus, biasa, duduk". Syaitan kedua melaporkan dia mengoda seorang manusia sehingga ia membunuh. Jawab Iblis "Bagus, biasa, duduk". syaitan seterusnya melaporkan aku berjaya mengoda seorang manusia sehingga dia pecah amanah. Jawab Iblis tetap sama "Bagus,biasa, duduk".syaitan seterusnya melaporkan bahawa dia berjaya menghasut seorang guru supaya ponteng kelas dengan alasan jika tidak masuk sehari pelajar-pelajar tidak akan bodoh pun. Jawab iblis masih sama iaitu "Bagus, biasa, duduk". begitulah jawapan iblis bagi setiap syaitan yang melaporkan tugasan mereka. sehingga sampailah pada giliran syaitan yang kurus tadi.
Iblis bertanya " Hah! apa yang kau lakukan pada hari ini?". Dengan tergagap-gagap syaitan tersebut menjawab "aku tidak melakukan apa-apa, aku hanya membisikkan ditelinga seorang manusia supaya tidak pergi ke masjid apabila mendengar azan dengan alasan esok pun boleh pergi sedangkan rumahnya sebelah masjid." Mendengar kata syaitan kurus itu Iblis terus turun dari tahtanya dan menuju ke syaitan kurus tersebut sambil memeluk dan menepuk-nepuk bahu syaitan kurus itu dan membawa ia duduk di sebelah diatas tahta lalu berkata "Amat bagus, ini yang aku suka".
laporan syaitan tersebut amat mengembirakan Iblis kerana kejayaannya menghasut manusia supaya tidak menunaikan solat berjemaah di masjid kerana Iblis teringat akan pesanan Muhammad kepada umatnya supaya menjaga solat berjemaah kerana orang yang tidak menjaga solatnya lebih mudah dipesongkan untuk melakukan semua perkara mungkar.
Perhimpunan bersurai selepas iblis menerangkan agenda-agenda seterusnya dalam proses menyesatkan manusia...."Ahhhhhhhh banyak....nya assingment......." keluh pengikut-pengikutnya sambil berlalu

Manusia

Manusia yang paling bijak
adalah manusia yang sentiasa mengingati mati

Manusia yang paling kuat
ialah manusia yang mampu menolak selimut di pagi hari untuk bersolat

Manusia yang paling berani
adalah manusia yang berani menegakkan kebenaran

Perkara-perkara yang ada kaitan dengan kesusahan

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang .Ia dipetik daripada Kitab Al-Baqarah Fii Fadl Lis Sa'yiwal Horakah yang disusun oleh abi Abdillah Muhammmad bin Abdulrahman Al Habsyi
  1. Tidak solat
  2. Bila hendak makan tidak membaca bismillah
  3. Makan di atas pinggan yang terbalik
  4. Memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri
  5. Menganggap ringan apa-apa yang terjatuh dalam hidangan makanan
  6. Berwuduk ditempat buang air besar atau air kecil
  7. Suka bersandar pada pintu rumah
  8. Suka duduk di atas tangga
  9. Membiasakan diri membasuh tangan dalam pinggan, selepas makan
  10. Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung
  11. Tidak membersihkan rumah
  12. Membuang sampah atau penyapu dengan kain
  13. Suka membersihkan rumah pada waktu malam
  14. Suka tidur di atas muka
  15. Membakar kulit bawang
  16. Menjahit baju yang sedang dipakai
  17. Megesat muka dengan baju
  18. Berdiri sambil mencekak pinggang
  19. Tidur tidak pakai baju
  20. Makan sebelum mandi junub
  21. Selepas sembahyang subuh di masjid, keluar dengan tergesa-gesa
  22. Matahari belum terbit sudah pergi ke Pasar
  23. Lambat pulang dari pasar
  24. Berdoa yang tidak baik bagi orang tua dan anak
  25. Kebiasaan tidak tutup makanan yang dihidangkan
  26. Suka memadam lampu minyak tanah dengan nafas
  27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup
  28. Membasuh kaki dengan tangan kanan
  29. suka kencing pada air yang mengalir
  30. Memakai seluar sambil berdiri
  31. Memakai serban sambil duduk
  32. Mandi junub di tempat buang air atau tempat najis
  33. Makan dengan menggunakan dua jari
  34. Berjalan di antara kambing
  35. Berjalan di antara dua perempuan
  36. Suka mempermainkan janggut
  37. suka meletak jari-jari tangan pada bahagian lutut
  38. Meletakkan tapak tangan di hidung
  39. suka mengigit kuku dengan mulut
  40. Mendedahkan aurat di bawah sinar matahari dan bulan
  41. Menghadap kiblat ketika buang air besar atau iar kecil
  42. Menguap ketika sembahyang atau solat
  43. Meludah pada tempat buang air besar atau air kecil
Apa yang dinyatakan di atas ada kaitan dengan punca kepada kesusahan zahir dan batin . Jadi ada yang mempengaruhi zahir dan ada yang mempengaruhi batin

KASIH SAHABAT


KASIH SAHABAT

Kita ukir kenangan pada nilai persahabatan,
walau ku kekadang alpa akan teman yang merapati,
Namun kini segalanya sunyi....
Tika kita tidak lagi bersua....
Membisikkan kata-kata jua gurau senda
Hanya imbauan menjadi nostalgia.

Pernah dulu kita berhalaqah
Bermusyawarah bincang isi semasa
Berdebat menahan hujah jua agenda.

Kita menyedari dan menyelami
pahit manis susah payah perjalanan ini
Kita timba segalanya bersama
Dengan satu fikrah satu amali
Kita kutip mutiara kata
Dari kitab mulia jua hadis Nabi
Jadi pedoman pengukuh ikatan
Penghalang dari segala kesesatan

Kini segalanya berlalu....
Tinggal masa dan saatnya lagi
Andai kita terpisah kerana ukhwah fillah
Pasti di sana kita bertemu dengan kasihnya....
Seorang SAHABAT............

pengorbanan seorang ayah

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Junainah Zainal |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.