PESANAN BUAT SUAMI

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja
dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa
yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu
otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak
serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah d
dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih
dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin
bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga..
ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami
duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri
bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas,
membasuh , kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak
cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal
semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan
ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh
sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas
rumahcantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak
sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih
berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau
semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang,
bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka
menyimpan secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan
isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami
" degil "tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju
kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat
gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat
asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja
rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila
ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia.
Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan
tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau
isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak
kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan
asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga
awak Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda
mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami
megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok
pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang
keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut
agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun
masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka.
kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau
isterimasuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi
saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan
buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan
isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta
maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif.
Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara
yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para
suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan
perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

No comments:

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Junainah Zainal |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.