Ini adalah pelajar-pelajarku yang dikasihi pada tahun 2009. semua mereka di dalam darjah 5 hambali . kami bergambar ketika itu sambutan hari raya pada tahun tersebut mereka semua adalah pelajar-pelajar yang cemerlang

Fikirlah

JIKA HARI INI HARI TERAKHIR BAGI KITA
PERNAHKAH KITA MENGHITUNG
AMAL KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KITA

ANDAI AJAL MENZIARAHI KITA ESOK HARI
SUDAHKAH KITA BERSEDIA

CARA KURANGKAN BERAT BADAN

Bagaimana mengurangkan berat badan secara sihat dan selamat ? Berikut caranya:
1. ketahui berapa banyak kandungan lemak yang perlu dikurangkan
- anda digalakkan mengurangkan 10 % daripada berat badan asal dalam masa 6 bulan

2. Pengurangan berat badan yang selamat adalah antara 1/2 hingga 1kilogram seminggu.

- Tidak digalakkan mengurangkan berat badan sehingga melebihi 4 kilogram sebulan.

3. Anda perlu tahu bahawa pengurangan berat badan yang drastik akan memudaratkan kesihatan

4. Mengubah amalan pengambilan makanan dan gaya hidup

5. Merancang diet yang sihat, seimbang serta rendah kalori berpandukan piramid makanan
Malaysia.

6. Meningkatkan aktiviti fizikaldan mengurangkan masa sedentari seperti menonton televisyen,
tidur serta bermain permainan komputer.

7. Anda perlu ambil tahu keperluan kalori harian serta kandungan kalori makanan anda.

8. Pilihlah makanan yang rendah lemak dan kalori
- dengan mengelakkan pengambilan makanan yang berlemak dan bergoreng serta makanan
yang bergula dan manis. utamakan makanan yang dimasak dengan kaedah yang lebih sihat
seperti menumis dengan minyak sedikit, rebus, kukus atau dipanggang. kurangkan
pengambilan makanan bersantan

JADIKAN AKTIVITI KECERGASAN
SEBAGAI
SATU KEMESTIAN DALAM JADUAL HARIAN ANDA


Hadis & falsafah

Tutup keburukan orang lain , maka Allah akan menutup keburukan kita . Tidak percaya?. tetapi itulah janji Allah seperti sabda Rasulullah yang bermaksud,
"
Sesiapa yang menutup kecelaan seorang Islam, nescaya Allah akan menutup keburukanatau celanya di duniaan di akhirat" (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)
Sayangnya tidak ramai yang mengambil peluang ini. Yang lebih ramai, kita seronok menceritakan keburukan orang lain, mengambil kesempatan membocorkan rahsia dan keaiban orang lain untuk keseronokan kita. Kita terlupa janji Allah bahawa,
" Tidaklah seorang mukmin itu apabila melihat saudaranya tercela lalu menutupinya, melainkan dia akan masuk syurga". ( Hadis Riwayat at-Tabrani)
Sikap buruk ini malah dipertegaskan dalam hadis Rasulullah yang bermaksud,
"
Wahai kumpulan orang yang menyatakan beriman dengan lidahnya, sedangkan iman itu masih belum meresap ke dalam hatinya. janganlah kamu mencaci orang ramai dan jangan pula mengintip keburukan mereka. Sebabnya sesiapa yang mengintip keburukan saudara Islamnya, nescaya allah akan mengintip keburukannya. Dan sesiapa yang keburukannya diintip Allah, nescaya rahsianya akan didedahkan Allah, sekalipun dia berada di tengah-tengah rumahnya"
(Riwayat Abu Daud daripada Abi Barzah )

malam bulan di pagar bintang

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah kerana saya berjaya membuat blog sendiri...
Teman-teman terima kasih kerana membuka blog saya berilah komen-komen yang membina supaya saya dapat memperbaiki blog saya untuk santapan sementara minda teman- teman.
kepada yang berkenaan saya harap blog saya ini dapat memberi manfaat yang tinggi

Doa Anakku

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Junainah Zainal |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.